Home

Ahad, 12 Julai 2009

Seminar Pertama Semester 5 di FSR, UITM


Hari ini 12 Julai 09 adalah hari pertama ku kembali ke kelas seminar pertama semester ke 5 Pengajian Sukan.Bertambah semangat rasanya untuk memulakan hari baru ku di kelas. Ini lah satu-satunya subjek yang aku tunggu-tunggukan...iaitu Outdoor Recreation...En Hisyam Che Mat adalah lecturer ku yang akan mengajar subjek ini. Ini adalah salah satu dari subjek kegemaran aku. Tambahan memang aku sudah terdedah dalam rekreasi sejak dari bangku sekolah lagi hingga lah sekarang. Sudah tentu aku menjadi lebih teruja untuk lebih mendalami subjek ini. Terlalu banyak yang aku ingin pelajari. Pernah suatu ketika orang mengatakan rekreasi hanyalah suatu perkara yang merugikan, tidak berfaedah, membuang masa, membuang duit dan bermacam-macam lagi kata nista, namun semuanya tidak benar sama sekali. Rekreasi sememangnya suatu perkara riadah yang amat berfaedah sekali disamping mengeratkan silaturahim, mewujudkan semangat kerjasama antara satu sama lain, penuh dengan cabaran yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal serta memberi manafaat dari segi pemikiran, kesihatan dan dapat melahirkan rasa cinta kepada alam semulajadi. Rekreasi untuk semua.